Perakam MiniDVD Perakam_DVD

MiniDVD 8 cm digunakan dengan meluas dalam kamera perakam (camcoder) digital, terutamanya untuk pasaran konsumer. Cakera miniDVD biasanya boleh dimainkan menggunakan pemain DVD standard, tetapi mungkin tidak boleh direkod menggunakan perakam DVD standard. Walaupun ia agak popular kerana mudah (jika dibandingkan dengan VHS-C), kamera perakam DVD tidak dianggap sesuai untuk kegunaan kasual, ini kerana kadar mampatan yang tinggi berbanding miniDV dan kepayahan untuk menyunting video berformat MPEG-2.